Kerjaya Adham Baba

Adham berkelulusan ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan (MBBS) dari Universiti Malaya pada tahun 1987. Selepas graduasi, beliau bertugas sebagai pegawai perubatan di Kementerian Kesihatan pada 1988 hingga 1990. Pada tahun yang sama, Adham memulakan kerjaya pertama beliau sebagai seorang doktor perubatan dalam sektor swasta pada 1990 hingga sekarang. Beliau mempunyai sebuah klinik peribadi iaitu Klinik Adham Sdn Bhd dan 18 cawangan klinik tersebut.[2]

Beliau mula terlibat dalam politik pada 1991 dengan memegang jawatan Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Senai. Selepas itu, beliau mula memegang portfolio penting di kementerian. Antaranya, Pegawai Khas Pendidikan di Kementerian Belia dan Sukan dari tahun 2000 hingga 2004. Pada tahun 2004, beliau telah bertugas sebagai Setiausaha Parlimen Kementerian Pengajian Tinggi sehingga 2008.[2]

Beliau turut memegang beberapa jawatan tinggi dalam syarikat berkaitan kerajaan antaranya Pro Canselor Universiti Kuala Lumpur (UniKL) pada 2013 hingga 2018.[2] Selain itu, beliau pernah menjadi Pengerusi UniKL Medical Services Sdn Bhd. pada 2010 hingga 2015.[2]

Pada 2004, beliau telah diberikan mandat oleh penduduk di Dewan Undangan Negeri Pasir Raja, Johor dan terpilih menjadi wakil rakyat apabila berjaya meraih majoriti undi. Beliau menjadi ADUN kawasan itu sehingga 2018. Beliau meningkatkan kerjaya politiknya dengan bertanding bagi kerusi Parlimen Tenggara dalam pilihan raya umum ke-14 dan berjaya meraih kemenangan.[2]